satu peristiwa yang berlaku dalam perjalanan hidup ini..masam manis life time yang selalu dikenang dan menjadi memori indah dan kekuatan untuk aku meneruskan kehidupan.....
aku baru sahaja menamatkan episod kehidupan ku dalam menyiapkan tesis..alhamdulillah kesyukuran ku panjatkan pada Ilahi kerana dipermudahkan segala urusan walaupun disebalik itu terselit sedikit kesusahan...tapi kesusahan itu mengajar aku menghargai kesenangan yang aku rasa ini....
namun bermula semula episod kedukaan ku saat pemonohan aku untuk menjalankan praktikal disalah sebuah sektor kerajaan di kampug ku telah ditolak...saat itu seakan jantung ku mahu gugur..mana taknye hanya tinggal lebih kurang 2 minggu untuk aku menjalankan praktikal ku..pemohonan ku ditolak
sebagai seorang wanita aku mengalirkan air mata kehampaan ku saat mendengar berita itu..bukan aku ingin kata kan yang wanita itu hanya tahu menangis saat ditimpa kepayahan namun wanita insan yang lemah yang lembut yang mudah meluahkan rasa hati...mungkin kerana itu wanita penuh dengan kasih sayang.
Wednesday, December 15, 2010
Allah tidak akan memberi sesuatu dengan mudah
Posted by TeDdy Be@r CoMey at 8:38 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment