BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 7, 2010

--Luahan Insan Bernama Wanita--


Oleh kerana fitrah semula jadi manusia yang inginkan teman maka terciptalah mereka berpasang- pasangan seperti kisah cinta agung yang tercatat dalam lipatan sejarah umat sejagat, kisah cinta agung Nabi Adam a.s dan Hawa, kisah cinta yang sering dikenang dan dijadikan bahan rujukan untuk mendefinisikan dan menunjukkan bertapa agunnya cinta yang tercipta.
Nabi Adam yang berada di syurga tempat yang serba sempurna dan penuh dengan segalanya, namun jiwa Nabi Adam tetap merasa sunyi dan kosong kerana tidak ada teman berbicara, teman untuk menikmati keindahan syurga bersama lalu kerana kasihnya Allah pada hambanya Allah telah menciptakan Hawa sebagai teman untuk mengisi kekosongan yang ada dalam jiwa Nabi Adam selama ini. Sejak itu tidak lagi kesunyian menyelubungi jiwa mereka. Namun kerana cintanya Adam pada Hawa ia sanggup melakukan perkara yang dilarang oleh Allah hingga mereka tercampak di dunia yang fana, kerana cinta juga mereka bertemu semula setelah sekian lama terpisah di dunia. Bertapa agungnya cinta yang tercipta.bertapa agungnya cinta seorang lelaki pada wanita.

Bertapa ia membuktikan seorang wanita amat didamba disisi seorang insan bernama lelaki bagi mengisi kekosongan jiwa mereka. Kerana kepada wanita lelaki memanggil ibu, isteri atau putri. Namun bertapa pentinganya wanita disisi lelaki, justeru itu,lelaki haruslah mendidik wanita yang mendampingi mereka agar tidak terpesong dari landasan yang telah ditetapkan oleh agama. Kerana wanita dijadikan dari tulang rusuk Adam yang bengkok yang memerlukan lelaki untuk meluruskannya, tetapi andai kata lelaki itu sendiri itu bengkok,manakan mampu untuk membentuk dan meluruskan wanita yang ada disisi mereka, tidak logic jika kayu yang bengkok mampu menghasilkan bayang-bayang yang lurus. 

Wanita insan yang amat didamba dalam mengisi setiap ruang yang ada, ia teman untuk meluahkan perasaan terpendam, ia teman untuk mengukirkan arca kebahagian, ia juga teman untuk membina sebuah istana cinta yang abadi. Namun adakalanya wanita juga mampu melumpuhkan iman seorang lelaki, kerana wanita dicipta sebagai perhiasan yang terindah yang ada di muka bumi ini, perhiasan untuk menghiasi hati insan bernama lelaki, tetapi tidak semua wanita mampu menghiasi hati seorang lelaki , kerana terdapat segelintir wanita yang menjadi racun yang mampu memesongkan lelaki dari landasan agama yang mereka miliki “bahagia lelaki kerana wanita, malah kehancuran lelaki juga kerana wanita”.

Jadi lelaki haruslah mempunya pegangan agama yang kuat untuk mendidik seorang wanita agar menjadi isteri yang solehah kerana dari didikan itu akan terciptannya anak-anak yang beriman yang akan mampu menjadi penawar dalam diri insan yang bernama lelaki.


“hawa dicipta dari tulang rusuk adam,anggota yang paling dekat dengan hati untuk disayangi dan terus dilindungi, bukan dijadikan objek memuasakn hati atau nafsu semata-mata, biarlah sayangnya seorang insan bernama lelaki atas dasar cintanya kepada Ilahi agar kekal abadi, kerana wanita kaum yang disifatkan sebagai lemah, kerana mereka memiliki hati yang terlalu halus dan tulus untuk dilukai…..”


P/S :jadi sayangi insan yang bernama wanita yang ada di sisi anda saat ini, hargai kehadiran mereka, sama ada wanita berkenaan ibu anda, isteri anda mahupun puteri-puteri anda…

0 comments: