Wanita sering berusaha menjadi isteri terbaik buat suaminya
dan sanggup melakukan apa sahaja perubahan agar disayangi dan dikagumi oleh suami
namun kebahgian rumah tangga bukan terletak pada isteri sahaja,
suami juga harus menjadi insan tersayang yang menggembirakan
isteri sepanjang masa walau dalam keadaan apa sekali pun.
15 pesanan isteri buat suami tercinta...
1)pucuk pangkal kepada sesuatu perkara
bermula daripada niat yang betul.
sekiranya anda berniat dan berdoa
untuk menjadi suami yang terbaik
anda akan mencapainya
2) sentiasa bersyukur dengan jodoh yang telah ditentukan
buat anda dan bersyukurlah kerana mempunyai
pasangan. yakinlah isteri anda adalah
pasangan terbaik buat anda. hargai
dia dan berilah layanan yang selayaknya
3)pulang kerumah dengan senyuman
dan semangat bukan dengan wajah
keletihan dan wajah yang masam
senyuman anda kebahgian isteri
dan anak-anak dan rahmat akan turun
4)selalulah telefon isteri, hiburkan hatinya dengan
gurauan.gurauan adalah pengubat hati dan mengeratkan lagi hubungan.
5)sentiasa menolong isteri melakukan kerja
rumahbagi meringankan bebannya
selain mengeratkan kasih sayang
dan membahgiakan pasangan anda.
6)mendidik isteri dengan ilmu agama
kerana mendidik isteri tanggunjawab suami
didik isteri dengan penuh kasih sayang.
7)jadi suami yang menjadi penawar hati isteri
ambil tahu keperluannya, kemahuan dan peka
kepada emosi dan situasi isteri
8)jadilah suami yang pemaaf kerana syurga
isteri dibawah tapak kaki suami
maafkan isteri sebelum tidur supaya
rumah tangga bahgia dan isteri mudah masuk kesyurga
9) tiada suami yang tidak cemburu kepada isteri
cemburu juga tanda sayang dan peduli.
suami yang tidak cemburu adalalah suami yang
dayus. isteri suka apabila suami punya sifat cemburu
dan membuat dia dihargai.
tapi awas!! jangan keterlaluan
10)ingatkan isteri mengenai solat dan ibadat lain
sekirannya jauh telefon atau ingatkannya melalui
kiriman sms. lakukan ini sehingga ke akhir hayat.
11)cintailah isteri sepenuh hati, tanpa syarat, bertambah
mengikut usia, penuh kemaafan,
memberi tenanga, tidak pernah
sengsara serta berteraskan iman dan tawakal.
12)pamerkan kematangan yang tinggi kerana
orang yang matang sentiasa tenang, sabar,
waras dan bijaksana dalam menguruskan rumah tangga.
13)menjadikan Nabi Muhammad sebagai contoh suami
yang menyayangi isteri dan sentiasa mendidik
dan melindungi isteri.
14) sentiasa memujuk isteri saat dia berduka
mahupun merajuk, wanita suka dipujuk
dan dibelai
15) memuliakan semua perempuan
bukan sahaja isteri. ramai lelaki yang hormat
wanita tertentu sahaja dan membuatkan isteri kecewa
terhadap suami yang menghina atau
tidak hormat wanita lain termasuk
pembantu rumah.





0 comments:
Post a Comment