Antara kita sedar atau tidak, ramai diantara remaja yang taksub akan kecantikan bukan sahaja kerana ingin menjadi daya tarikan malah ingin dicintai oleh insan tersayang. Jadi tidak hairanlah jika ada yang sanggup melakukan apa sahaja untuk Nampak cantik dan menawan bermula dari rawatan tradisional hinggalah kepada rawatan moden yang mungkin menyakitkan hanya untuk kelihatan cantik dan menawan. Namun berbaloikah? Adakah anda merasakan cantik itu segalanya, malah adakah anda merasa cantik itu visa utama untuk mendapatkan CINTA?? Jika anda merasakan bergitu kenapa masih ada insan- insan cantik diluar sana yang tidak memiliki cinta, adakah kerana aset yang mereka ada menyebabkan mereka memilih cinta atau pun cinta yang memilih mereka??
Fikir-fikirkanlah…
1) Jika ada lelaki yang mengatakan dia mencintai kamu semata-mata kerana kecantikan kamu yang telah menawannya, AWAS!! Kamu mungkin akan ditinggalkan apabila sudah tidak cantik lagi. Jika seorang lelaki mengatakan dia sanggup berkorban apa saja demi cintanya padamu apabila kamu bertanya mengapa? Dia memberitahu “kerana terpesona dengan wajahmu” AWAS!! Kamu akan ditinggalkan apabila wajah kamu tidak mempersonakan dirinya.
2) Jika kamu memiliki wajah yang cantik, usah terlalu gembira kerana mungkin kamu akan bertemu dengan lelaki yang salah. Jika kamu hodoh atau tidak cantik jangan kamu bersusah hati kerana lelaki yang sejati menilai wanita dari hatinya bukan paras rupanya.
3) Kecantikan adalah tiket kebahagiaan, tetapi tiket itu tidak valid sepanjang zaman. Ada ketikanya tiket itu akan sampai kepada tarikh tamatnya, hanya mereka yang tidak meletakkan kecantikan sebagai tiket utama percintaan akan kekal, selain dan selebihnya akan mengorak langkah pergi.
4) Bagaimana cantik pun akan pudar, bagaimana tampan akan hilang. Kecantikan dan ketampanan bukan teras keimanan. Ia hanya alat untuk menikmati sebahagian kehidupan yang bahagia. Namun ia bukan yang terbaik, wajah yang indah dipandang akan menjadi cuka memasamkan kehidupan jika tiada gula-gula keimanan yang memaniskan kehidupan.
5) Kopi pasti akan pahit, jika di biarkan berdiri dengan sendiri, namun kopi menjadi enak apabila digandingkan dengan gula dan susu. Kamu cantik, maka kamu boleh berdiri sendiritapi tanpa keperibadian dan iman yang padu kamu ibarat kopi pahit tanpa gula dan susu. Selama mana kamu mampu bertahan?? Sebaik-baiknya kopi pahit dinilai melalui kepahitannya, tapi apabila ditambah gula dan susu ia akan sentiasa disukai dan terus disukai.
Namun bukan cantik yang menjadi masalah tapi mereka yang terlalu taksub memilih kecantikan yang mungkin bermasalah. Sungguhpun begitu, cantik adalah perkara yang terlalu subjektif untuk diperkatakan kerana cantik itu adalah benda ataupun perkara yang terlalu abstrak untuk dinilai. Tidak semua beranggapan wanita yang kurus, tinggi, putih itu cantik dan tidak juga mengatakan mereka tidak cantik. Malah tidak semua beranggapan wanita yang gemuk, pendek, hitam itu tidak cantik dan tidak semua mengatakanya cantik, kerana cantik terletak pada mata si penilai kecantikan itu. Maka tidak salah menjadi cantik tidak juga salah menjadi buruk, kerana cantik yang dinilai dari paras rupa tidak akan kekal selamanya, biar rupa tidak cantik asalkan punya iman yang mantap dan hati yang jujur adalah aset terpenting dalam kehidupan tetapi jika cantik dan punya keimanan yang mantap itu adalah bonus kehidupan.
Cantik pada pandangan yang Maha Pencipta Adalah lebih bernilai di dunia dan akhirat.


0 comments:
Post a Comment